EXTRA

Artikel-artikel daripada speaker WG2009, Fazrul Ismail.

Saya Impikan Ramai Menjadi Beyond Age

Mus’ab b Umair pada kala usia 19 sudah menjadi panglima perang. Beliau berjaya membina arus umur 19 tahun dengan berada pada tahap itu. Beliau tidak sekadar mengikut arus usia 19 tahun dengan hiburan dan pelbagai amalan jahiliah zaman itu. Inilah yang diharapkan kepada generasi yang memegang Maaliki Yaum ad-Deen. Sentiasa melihat ke depan dan melangkau usia. Beyond Age.

Mengapa ia berulang dan diulang?

Cuba perhatikan ar-rahman ar-raheem pada kalimah Bismillah (kali pertama) dan ar-rahman ar-raheem selepas ayat Alhamdulillahi rabbil ‘alamin (kali kedua). Salah satu sebab ia diulang pada surah yang sama kerana pada kali pertama, ia menekankan nama Allah yang baik (asmaullahul husna). Manakala bagi kali kedua, ia dinyatakan kerana pentadbiran dan penjagaan Allah pada alam (rabbil alamin) ini bukanlah untuk mendapatkan ganjaran seperti manusia mendidik serta menjaga sesuatu. Tetapi Allah menjaganya atas kasih sayang – merujuk kepada ar-rahman ar-raheem.

Bukankah kita nampak Allah mengulang ar-rahman ar-raheem pada surah yang sama sahaja sudah memberi perspektif baru. Apatah lagi apabila diulang berkali-kali. Inilah yang berlaku pada al-Fatihah jika misterinya diungkap.

Al-Fatehah mengajar erti mengenal kewujudan diri

Ternyata surah al-Fatehah ada menyatakan tips ini yang perlu diulang-ulang bacaannya setiap hari agar ia terpahat dalam diri sehingga seseorang itu sedar kewujudan dirinya.

Muqadimah Cinta

Dari Abu Hurairah r.a, katanya:

Saya mendengar Rasulullah SAW bersabada,:

“Tuhan menciptakan rasa kasih sayang itu 100 bahagian. 99 daripadanya disimpanNya di sisiNya. 1 bahagian sahaja yang diturunkanNya ke atas dunia. Dengan kasih sayang yang 1 bahagian itulah para makhluq saling berkasih sayang, sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut terpijak anaknya.”

(Hadis Sahih Bukhari)

Kapasiti aqal atau intelek dalam al-Fatehah

Lantaran itu, ketika membaca Fatehah ayat pertama atau kedua, perlulah kita sedar dan menghadirkan intelek dalam memuji-Nya dengan sebaik-baik pujian yang diajarkan-Nya. Jika kita tidak menghadirkan intelek ketika itu, Allah tidak berkomunikasi dengan anda walaupun Fatehah sedang dibacakan. Hanya individu yang sentiasa berkomunikasi dengan Allah layak untuk mendapat keredaan-Nya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s