The BIGGEST event of the year : NUR KASIH live in Japan!

Winter Gathering IPIJ 2009

NUR KASIH

Penceramah : Fazrul Ismail

Tarikh : 25hb-28hb Disember (diikuti dengan Perhimpunan Agung IPIJ pada 29hb)

Tempat : National Soni Youth Outdoor Learning Centre, Nara-ken

Yuran Penyertaan : ¥5000

Ichi go ichi e!

2 Comments

Filed under WG2009

Jalinan Mesra 2010

Leave a Comment

Filed under Uncategorized

Spring Is In The Air!

GWG 2010 di goldenweekgatheringipij.wordpress.com

Leave a Comment

Filed under GWG 2010

Sudah merancang perjalanan anda?

Kami sedia membantu

InsyaAllah pihak perhubungan program akan mengusahakan rombongan-rombongan kecil dan besar untuk memudahkan perjalanan para peserta. Kami akan hubungi semua para peserta untuk membantu segala urusan perjalanan pergi dan balik.

Maklumat lanjut, jadual bas, tempoh perjalanan dan sebagainya telah kami UPDATE di ruangan AKSES. Kami harap sedikit sebanyak dapat membantu saudara/i merancang perjalanan masing-masing.

Sebarang pertanyaan, jangan segan untuk bertanya kepada kami. Kami berbesar hati untuk membantu semua. Kami doakan semoga Allah permudahkan segala urusan sebelum, semasa dan selepas program ini.

1 Comment

Filed under WG2009

Adakah anda mempunyai salah satu atau lebih ciri berikut?

  • Tidak nampak atau jelas kaitan cinta dan al-Fatehah
  • Tidak pasti manakah bahagian al-Fatehah yang amat penting dan mencakup keseluruhan surah ini dan al-Quran
  • Mengapa Allah mengulang 2 kali ar-rahman dan ar-rahim?
  • Apa beza ar-rahman pada Bismillah dan pada ayat selepas Alhamdulillahi rabbil alamin?
  • Mengapa Allah menggunakan kaedah ‘kata ganti diri ketiga’ dalam ayat awal-awal al-Fatehah tetapi menggunakan ‘kami dan engkau’ pada tengah-tengah al-Fatehah?
  • Mengapa dinamakan al-Fatehah ? Apa kaitan dengan kewajipan dalam solat? Penting sangatkah?
  • Cukupkah kalau memahami al-Fatehah ini sahaja untuk berjaya?
  • Tahukah anda konsep ‘continuous quality improvement’ ada dalam al-Fatehah – dan ia bukan dibuat-buat tetapi dijiwai oleh generasi terdahulu sehingga tahap cinta mereka amat ‘power’?

Kalau ada, inilah masa untuk anda bertanya atau mengikuti program NUR KASIH. Apabila ia jelas, ia akan menjadikan diri anda lebih rindu, asyik, angau dan tenang dengan yang dicintai.

Ya Allah, jadikan aku mencintai orang-orang yang mencintaiMu.

Leave a Comment

Filed under WG2009

Nota penting

Keperluan asas untuk dibawa:

Pakaian (sesuai dengan cuaca musim sejuk, tanah tinggi, dan mungkin bersalji)
1. pakaian untuk 3-4 hari
2. jaket dan stokin
3. baju dan kasut yang sesuai untuk riadhah

Peralatan asas yang lain
1. buku catatan
2. alatan untuk menulis
3. al-quran atau tafsir
4. alien card
5. kenkouhouken (kad kesihatan) dan ubat-ubatan peribadi
6. peralatan mandi, kain basahan ( mandi di ofuro)

Untuk sebarang pertanyaan, sila jangan segan untuk bertanya terus melalui komen di bawah atau bertanya melalui alamat emel ini..>>> aktiviti_ipij@yahoo.com

PS: Biro Ekonomi IPIJ akan menjual tafsir Al-Quran, busana muslimah dan bahan bacaan sepanjang program.

Leave a Comment

Filed under WG2009

Jangan Datang

Jangan datang? KENAPA?

Tak percaya? Jom tengok video ni.

Percayakan sekarang. PERCAYA saja tak cukup.

Masa lapar, kita sedar kita lapar, SEDAR saja cukup ke? Kena makan.

Masa hujan, kita tahu hujan sangat lebat. TAHU saja cukup ke? kena buka payung.

Sekarang ni kita PERCAYA, SEDAR dan TAHU, apalagi,

JOM JOIN NURKASIH

1 Comment

Filed under Video, WG2009

Tentatif telah dikemaskini!

Nak pergi ke tak nak ni ek?

Mungkin ada yang masih berfikir, masih tidak pasti… Sila rujuk bahagian tentatif untuk mengetahui isi Winter Gathering, NUR KASIH kali ini. Semua tajuk-tajuk tersebut merupakan kupasan daripada surah Al-Fatihah.

Biar betul… surah yang kita baca setiap hari tu? 7 ayat tu?

Ya betul. Surah Al-Fatihah. InsyaAllah kami mahu buka mata dan hati semua untuk memahami surah ini. Kita nak berubah perlukan sesuatu dalam diri ini. Mari sama-sama kita singkap rahsia ‘surat cinta’ daripada Allah. Let’s open our heart!

Masih ada masa lagi, cepat daftar!

Leave a Comment

Filed under Tentatif

NUR KASIH SP

Anda mahukan sambungan kepada siri NUR KASIH? Kami bawakan NUR KASIH kepada semua yang berada di Jepun.

Program yang dinanti-nantikan telah tiba. InsyaAllah, kali ini kami akan bawakan program untuk mengajak semua peserta untuk lebih mendalami Al-Quran. Fokus utama pada surah al-Fatihah.

Program yang telah dijalankan di serata US, kini akan dijalankan di Nara-ken, Jepun. Tidak seperti program biasa, program kali ini lebih berbentuk training dan interaktif, supaya segala yang dipelajari dapat dipraktikkan sejurus sahaja anda sampai di rumah. Eh, bukan setibanya di rumah sahaja malah di tempat program sendiri!

Ilmu adalah untuk disampaikan dan diamalkan :)

Jangan lepaskan peluang untuk berukhwah, menimba ilmu dan mencari hidayah dari Allah.

Ichi go ichi e!

Jangan lepaskan peluang yang ada. Sama-sama kita berjaya di dunia dan akhirat.

PS : Nak dapat pahala berganda? Sebarkan program ini kepada sahabat-sahabat yang lain juga :)

4 Comments

Filed under WG2009

Apa kata mereka tentang Winter Gathering IPIJ?

Best kan?

Tahun lepas, seronok sangat. Dapat redah ribut salji :) . Dapat main baling-baling salji.

Gerenti best insyaAllah. Kenapa? Bukan sahaja dapat ilmu, dapat pengalaman baru, dapat kawan baru dan yang penting dapat keseronokan untuk menjadi muslim berjaya!

Ichi go ichi e!

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

(Al-Fatihah : 6)

Leave a Comment

Filed under WG2009

[Pre-WG2009]Saya Ingin Jadi Jutawan dengan al-Fatihah

Sudah lebih 20 tahun saya membaca al-Fatihah, tetapi al-Fatihah dirasakan amat minimum kesannya pada kehidupan saya. Bukan saya tak faham maksudnya, namun saya tidak luangkan masa khas untuk mendalaminya. Jika kanta difokuskan pada kertas di tengah terik lebih lama, kertas tersebut akan terbakar. Namun ia perlukan masa.

Untuk al-Fatihah memberi kesan dalam hidup, perlu ambil masa untuk mendalaminya. Ia tidak datang begitu sahaja. Allah tidak menurunkan hidayah begitu sahaja. Perlu ada usaha bersungguh-sungguh dalam diri manusia untuk ditunjukkan jalannya.

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.

(Surah Al-Ankabut : 69)

Jika anda membaca artikel ini, anda berpeluang menjadi jutawan fizikal, intelek, emosi atau spiritual dengan berpandukan ayat ini dalam al-Fatihah.  Bayangkan jika anda mengadakan satu halaqah atau program yang membicarakan teknik dalam al-Fatihah dan si pendengar mendapat hidayah, apakah balasan untuk anda? Sudah tentu balasan pahala tidak terhingga. Jika anda merasakan ingin berbuat amal pelbagai 20 tahun dari sekarang bagi menjadi jutawan spiritual, anda boleh mulakan sekarang.

Salah satu tips: ajak kawan anda ke program membicarakan al-Fatihah atau Quran.

- Fazrul Ismail

Apa lagi tips untuk menjadi jutawan Al-Fatihah? Teruskan membaca di sini, dan sertai kami di Winter Gathering IPIJ 2009 nanti. Peluang anda untuk merasai kehebatan surah Al-Fatihah.

Leave a Comment

Filed under Pra-WG2009